Sabtu, 20 Oktober 2012

Dr AK: Apa Makna Doktor Falsafah?


19 Okt. 2012, Jumaat. Majlis Pengiktirafan Penyelia Dan Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah diadakan di UKM, Bangi. Satu temubual telah dijalankan oleh Johan Meta-State ke atas Dr AK selepas pemakaian jubah oleh Prof. Ir. Dr. ZC sambil diperhatikan oleh Prof. Dr. MRT.

Johan MS: Assalamualaikum Dr AK! Boleh saya tanya beberapa soalan?
Dr AK: WMS... Oh Johan! Sudah tentu boleh, silakan.

Johan MS: Apa makna Doktor Falsafah bagi Dr?
Dr AK: Doktor Falsafah adalah satu pengiktirafan tinggi untuk hasil kerja yang lama.

Johan MS: Lagi... makna Doktor Falsafah?
Dr AK: Ia juga bermaksud perjalanan yang sepi seperti Lone Ranger di padang pasir.

Johan MS: Lagi...
Dr AK: Ia juga merupakan timbunan ilmu seperti kek lapis yang sedap rasanya.

Johan MS: Dan lagi, makna Doktor Falsafah?
Dr AK: Ia juga bermakna kebahagiaan selepas derita yang panjang seperti berbuka puasa di bulan Ramadhan.

Johan MS: Jadi makna Doktor Falsafah bagi Dr AK ialah pengiktirafan tinggi, perjalanan sepi, timbunan ilmu dan kebahagiaan. Antara empat kriteria tersebut, yang mana satukah yang paling tinggi keutamaannya mengikut pendapat Dr?

Dr AK: Saya menganggap Doktor Falsafah sebagai timbunan ilmu lebih dari yang lain kerana sepanjang penyelidikan, saya menimba ilmu dalam pelbagai bidang; dua tahun dalam analisa berangka seperti Finite Element Method dan Discontinous Displacement Analysis, dua tahun dalam makmal untuk mengkaji Geosynthetic Clay Liners, dua tahun dalam bidang Artificial Intelligence menggunakan kaedah Statistik, Artificial Neural Networks dan Neuro-Fuzzy System.

Johan MS: Apa yang Dr mahu dari timbunan ilmu itu?
Dr AK: Saya mahu menggunakannya untuk penyelidikan. UKM kan universiti penyelidikan dan Jabatan Kejuruteraan Awam di UKM adalah terbaik di Malaysia mengikut ranking Times Higher Education.

Johan MS: Lagi, apa yang Dr mahu dari timbunan ilmu?
Dr AK: eeermm, menimbun ilmu untuk memberi pendidikan kepada warga UKM dan masyarakat umum? Ilmu perlu dipelajari dan digunakan untuk faedah bersama.

Johan MS: Lagi... apa yang Dr mahu dari timbunan ilmu?
Dr AK: Saya mahu berpengetahuan luas supaya tidak menjadi ilmuan telur ayam yang hanya tahu mengenai telur ayam saja. Bila ditanya mengenai anak ayam, jawapannya bukan bidang saya.

Johan MS:  Apakah hubungan timbunan ilmu pada tahun ini dan timbunan ilmu pada tahun yang lepas bagi Dr?
Dr AK: Pada tahun ini timbunan ilmu saya lebih banyak daripada tahun lepas. Tahun ini saya sudah melebihi 42 jam untuk kursus anjuran UKM dan luar UKM, mungkin mencecah 100 jam.

Johan MS: Apakah masalah yang dihadapi oleh Dr dalam menimbun ilmu?
Dr AK: Saya tidak menganggap masalah sebagai masalah cuma feedback saja. Eh! sudahlah Johan! Tak perlulah kamu LAB* profile dan meta-statingkan aku, banyak assignment kamu yang belum submit. Settlekan itu dulu, pastu baru fikir pasal assignment Meta Program... okay!.

Johan MS: ????? (minda: meta-stating) (hati: mind-reading pula Dr ni...)

*LAB - Language and Behaviour

Tiada ulasan:

Catat Ulasan