Tuesday, March 19, 2013

Dr AK: Generasi Ketiga NLP



Generasi pertama NLP adalah hasil kerja Dr. Richard Bandler dan Prof. John Grinder dalam modeling terapi yang berkesan. NLP memberi tumpuan kepada individu dan menyelesaikan masalah pada tahap tingkah laku dan keupayaan.

Generasi kedua NLP muncul di pertengahan 1980-an. Pada masa ini, NLP telah berkembang untuk menangani isu lain di luar konteks terapeutik. Walaupun masih memberi tumpuan kepada individu, generasi kedua NLP menekankan hubungan antara diri sendiri dan orang lain dan diperluaskan untuk merangkumi bidang perundingan, jualan, pendidikan dan kesihatan. Teknik NLP juga diperluas untuk merangkumi isu di peringkat yang lebih tinggi seperti kepercayaan dan nilai, "program meta" serta penggunaan garis masa, submodaliti dan kedudukan persepsi. 
 
Generasi ketiga NLP membangun sejak 1990-an. Ianya bersifat generatif, sistemik dan fokus pada peringkat pembelajaran, interaksi dan pembangunan yang lebih tinggi seperti identiti, visi dan misi.
Ia menekankan kepada perubahan keseluruhan sistem dan boleh digunakan untuk pembangunan organisasi dan budaya serta individu dan pasukan.  

Andaian generasi ketiga NLP adalah kebijaksanaan yang diperlukan untuk perubahan sudah ada dalam sistem dan boleh ditemui dan dibebaskan dengan mewujudkan konteks yang sesuai. Isaac Newton sering dipetik sebagai berkata, "Jika saya dapat melihat lebih jauh daripada orang lain, ia adalah kerana saya telah berdiri di atas bahu gergasi." Beberapa gergasi yang membentuk warisan NLP ialah Milton Erickson, Gregory Bateson dan Moshe Feldenkrais.