Monday, April 8, 2013

Dr AK: MATLAB dan Artificial Neural Networks, UKM April 8-9


8 April 2013. Gembira hari ini kerana bengkel Matlab dan ANN dihadiri oleh warga UKM dari pelbagai bidang, dapat berkongsi ilmu dalam Bahasa Melayu. Biasanya ada saja pelajar postgraduate dari luar negeri yang mewajibkan bengkel ini dikendalikan dalam Bahasa Inggeris. Hari ini juga saya sempat menghabiskan kandungan kursus walaupun tamat lewat 30 minit dari biasa. Saya pasti semuanya dapat menghayati Matlab programming yang disampaikan dengan mudah, ringkas serta santai. Terima kasih kerana berminat dengan bengkel ini. Saya hargai partisipasi anda semua. 



9 April 2013. Perkongsian ilmu mengenai ANN, ANFIS dan RSM selesai jam 5 pm seperti yang dirancang. Biasanya bengkel diakhiri dengan kek, kali ini dengan ais krim Connetto pula. Saya percaya dan yakin semua yang ada mampu melakukan analisa data penyelidikan menggunakan ketiga-tiga kaedah tersebut setelah diterangkan langkah demi langkah berserta dengan contoh data penyelidikan sebenar.

Fokus bengkel ini bertumpu kepada penggunaan ANN, ANFIS dan RSM dalam menghasilkan tesis dan kertas kerja untuk persidangan/jurnal. Ia disampaikan dengan bahasa mudah (non-teknikal) supaya semua peserta tidak kira apa bidang pengajian dapat memahami 100% bahan yang disampaikan. Antara matlamat bengkel ini ialah memasyarakatkan tiga kaedah ini. Di harapkan hasil perkongsian ilmu ini dapat digunakan dalam penyelidikan dan kepada penyelidik yang mengikuti program Master/PhD semoga berjaya dalam pengajian anda. Saya hargai partisipasi anda semua.