Ahad, 13 April 2014

Meta-Coaching (8): Frust Menonggeng Pun Boleh, Insyaallah

klik atas imej untuk dibesarkan
"Meta-meta kami tidak main. Takkan dengan ilmu tarikh lahir boleh coach untuk tingkatkan prestasi sebuah syarikat, takkan boleh bantu si Atan habiskan pengajian sarjananya yang terbantut dan takkan boleh tolong si Milah yang frust menonggeng dengan hanya mencampur dan menolak nombor-nombor dari tarikh lahir?" kata Bomoh Husin yang pakar mencari barang hilang kecuali MH370.

Mungkin ada yang masih keliru dengan maksud "meta". Ianya bukan "meta-physic" yang selalu dikaitkan dengan ramalan tarikh lahir. Ia dinamakan "meta-coaching" kerana dilakukan pada peringkat "meta" (beyond) atau fikiran lebih tinggi. Ini bermakna coaching yang dilakukan bertumpu kepada proses dan struktur, bukannya kandungan.

Setiap soalan yang ditanya oleh meta-coach mempunyai struktur yang membawa kepada hasil yang dihajati berdasarkan corak fikiran dan makna yang diberikan oleh klien sendiri tanpa sebarang cadangan atau pendapat dari meta-coach. Jadi tugas meta-coach ialah berdialog dengan klien sebagai pemudahcara untuk memperkasakan diri klien supaya dapat menggunakan akal secara terbaik, berupaya mengakses sumber kekuatan diri dan mampu mencapai hasil tertinggi yang dikehendaki.

Jika kemahuan klien itu diibaratkan seperti ketulan ais (iceberg) di lautan, meta-coach memberi tumpuan yang lebih kepada bahagian yang tidak nampak pada pandangan iaitu bahagian dasar yang menjadi tunjang kepada kemahuan seperti;

(1) bagaimana maklumat ditapis oleh minda,
(2) apakah corak fikiran (meta-program) yang wujud,
(3) ingatan yang ada,
(4) bahasa yang digunakan,
(5) keputusan yang dibuat,
(6) nilai dan kepercayaan yang dipilih
(7) sikap yang diambil
(8) dan lain-lain.

Semua perkara tersebut mempengaruhi gambaran dalam minda, fisiologi serta keadaan diri yang boleh menyebabkan tindakan dibuat untuk mencapai apa yang diingini.

Setiap meta-coach perlu mempunyai kemahiran untuk mengakses kebijaksaan diri klien. Salah satu syarat untuk mengikuti kursus meta-coaching ialah menjalani kursus "Accessing Personal Genius" yang ditawarkan oleh ISNS (International Society of Neuro-Semantics, USA), pertubuhan yang diasaskan oleh Dr. Michael Hall. Selain itu meta-coach juga perlu mahir dengan NLP (neuro-linguistic programming) yang diasaskan oleh Richard Bandler dan Dr. John Grindler.

Dengan kemahiran NLP dan Neuro-Semantics, meta-coach berbeza dari coach lain yang ada di pasaran. Selain itu, latihan untuk menjadi meta-coach sangat komprehensif disamping mempunyai syarat kelulusan yang mencabar termasuklah "benchmarking" dalam tujuh kemahiran asas.

Ramai coach berpengalaman yang melalui kursus ini berpendapat sistem meta-coaching adalah alat terbaik untuk membawa seseorang dari prestasi sekarang ke prestasi yang dikehendaki tanpa mengira bidang kerjaya, pangkat atau tahap pencapaian akademik. Meta-coach adalah pakar dalam bertanya soalan, mereka tidak perlu menjadi pakar dalam bidang yang sama dengan klien untuk membawa klien sampai kepada kemahuannya.

Meta-coaching dapat memberi transformasi besar kepada negara jika pemimpin, pengarah, ketua jabatan dan lainnya ditanya dan menjawab soalan yang tepat untuk meningkatkan prestasi secara holistik iaitu melibatkan kesepaduan pelbagai kebijaksaan seperti EQ, IQ dan SQ. Soalan untuk mencungkil kebijaksanaan ini wujud dalam meta-coaching hasil dari kajian psikologi kognitif, developmental dan self-actualization.

Diharap meta-coaching akan diperkembangkan dalam dunia bimbingan dan kaunseling kerana kombinasi antara kaunseling dan meta-coaching dapat memberi impaks yang sangat besar kepada masyarakat di Malaysia terutamanya menanggani masalah sosial dan meningkatkan prestasi akademik serta keagamaan melalui "meta-questioning".

Bukan saja meningkatkan prestasi sesuatu organisasi, meta-coaching juga boleh digunakan untuk pelbagai matlamat seperti membantu penyelidik menyelesaikan pengajiaannya dan menolong si Milah yang frust menonggeng, insyaallah. Bagi kes si Milah, apa yang perlu dilakukan ialah mengubah "frame" negatif kepada positif contohnya apabila menjawab soalan "Apa yang anda mahu?" iaitu dari "Saya tidak mahu frust" kepada "Saya mahu bahagia", barulah soalan WFO dapat disempurnakan.